Sunday, June 14, 2009

My Life 23 years......

My First pic in this world... hehe... masih baby lg... Gambar 1001 nostalgia...


Bermulanya ku dilahirkan kat dunia, Tanggal 17 Mei 1986... Anak ke 8 dari 15 adik beradik... Wow, mesti semua x percaya, tapi itulah hakikatnya... Lahir dalam keluarga sederhana, x kaya, x juga miskin.Tempat lahir di kampung tercinta, kampung MUARA TUANG, Kota Samarahan, Sarawak.. Mix Melayu (bapa) n Bidayuh(Mak).....

My FAmily: Dari atas, Saini(bapa)-Rokayah(mak)-
Halayna(kakak ulung)-Hamidah(kakak-Azman(abang)
Salbiah(kakak)-Rohana(kakak)-Azlan n Azmi(Abang kembar)
Alpian(myself)-Mohd rahmat(adik)
NurEdaAyu(adik)-Nurfazreen(adik)-Siti Asmah(Adik)
Mohd Fuad(adik)-Mohd ashraf(adik)-Mohd Imran (adik bongsu)


Tapi memang susah keluarga besar... Seringkali ada konflik n masalah kewangan... Tapi dengan ketabahan Saini & Rokayah, ibu dan bapa saya, Dapat membesarkan 15 orang anak sehingga sekarang.. Bangga dapat parents yang susah payah mencari rezeki walaupun sanggup berhutang keliling pinggang... huhu.. xpa, demi anak2...


Old skool pic... bersama adik beradik... huhu..

Bersama adik, Mat...

Gambar kenangan maybe masa nie umur baru 10 tahun.. hehe.. Bersama Allahyarham Hasnan@ Sonan kawan baik kat kpg...berdiri dari kiri adalah Azmi(abang), Sonan, Azlan(abang) & yang tgh duduk mestila saya sendiri n Mat(adik)...


Mula bersekolah di SK DatoTraoh, Muara Tuang.... Byk kenangan yang best time sekolah rendah... rindu dgn kawan2 lama, sekarang semua dh ada kerjaya sendiri...Dulu skolah 2 hanya diperbuat dari kayu, skarang dh di ubah, menjadi 3 tingkat... hilang dh keaslian Sk Dato Traoh yang lama... huhu...




Sekolah Menengah di SMK MUARA TUANG... walaupun nama Muara Tuang, Tapi sekolah nie jauh 15 kilometer dari kampung halaman, Dekat2 dengan Kota Sentosa... Terpaksa guna bas tiap2 hari... Sekolah kat sini dari tingkatan 1-tingkatan 6 bawah... x sempat nak ke Tingkatan 6 Atas, x sempat nak STPM,dapat tawaran masuk ke UiTm, Intake yang kedua... huhu... sedihnya bila berpisah dgn kwn2... tapi nak meneruskan cita2, terpaksa la teruskan ke Uitm...

Kenangan di tingkatan 5 sains 2... Cikgu Rozhan dari kelantan...

Walaupun 3 bulan, tapi byk menyimpan seribu kenangan yang x dapat dilupakan..




Bermulanya pada 27 nov 2004, aku mula2 menjejakkan kaki ke Menara Gading, iaitu UiTM Samarahan... Aku mendapat pilihan DIPLOMA SAINS KOMPUTER , yang mana aku sendiri pun x pernah menggunakan komputer sebelum ini... aku mencuba sedaya upaya untuk faham & belajar mengenai program2 komputer.. Bermulanya hidup aku sebagai seorang penuntut di IPTA banyak menagajar aku erti hidup... byk kawan-kawan baru mula ku kenal dari semenanjung mahupun sabah sarawak iaitu Ammar, Mohd noorazlansyah,Fariad,Syant,Samat,Syukran, Syazarun, eil,ezza,nurul,jannah,nisa & byk lagi... Pengalaman pahit manis terpaksa diharungi...
Tapi, selepas 3 semester, aku mula mencuba register Online SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)... macam2 interview dapat... mula2 Ma(medical Assistant). Juruteknologi pergigian & Pembantu Kesihatan Awam.. Last Final exam semester 3, aku dipanggil untuk interview Pembantu Kesihatan Awam, bertempat di Bangunan Sultan iskandar shah, Kuching di simpang 3, Tingkat 10, Interview mcm biasa.... aku yakin dengan semua soalan yang disoal & tidak menaruh harapan tinggi untuk kerja ini kerana masih study UiTM n dh 3 kali gagal Interview jawatan lain sebelum ini.. setelah habis Semester 3, aku mengambil Intersesi Untuk Subjek killer CSC125, iaitu programming komp.. Akhirnya aku lulus untuk subjek itu dh layak untuk masuk ke semester 4...
Tapi, Mungkin kerana nasib & berkat ketabahan, aku telah mendapat surat tawaran dipilih sebagai seorang Pelatih PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17 pada pertengahan Intersesi UiTM mei 2006.... Aku mesti memilih antara meneruskan untuk sambung Semester 4 atau memilih kerjaya baru yang mungkin menjamin masa depan ku... Akhirnya aku memilih untuk kerja, sampai sekarang aku x pernah menyesal dengan pilihan dulu... aku sekarang dh ada kerjaya, cuma banyak lagi cita2 yang belum ku gapai seperti kereta, rumah, isteri & mempunyai keluarga yang bahagia... Insyaallah akan ku buat semua itu sebelum usiaku 30 tahun atau selagi umurku masih panjang.... Amin...

Nak tambah pic next time... ngantuk la.... jam dah 12 tgh malam.... huhu.. Semoga ku mendapat minpi indah & semua impian jadi kenyataan..

2 comments:

  1. wahhh rinduku ngn sklh dato' traoh eh... pdg besr.. pg2 wajib ngutip uras kt pdg ya.. mn x kenak kubit cikgu malek..hehehe..

    ReplyDelete
  2. amin, semoga keinginan abang itu akan segera tercapai...^^

    semangat ya bang, maju terus pantang mundur.

    ReplyDelete