Friday, November 11, 2011

11.11.2011


Berbulan x update blog... Masa & keadaan x mengizinkan.. line CELCOM sentiasa menyusahkan hidup di Suai..

11.11.2011

Aku dah ada lesen(24/10/2011) & kereta(Mei 2011), impian aku bertahun tahun akhirnya tercapai... Nothing imposible.. Banyak cabaran & halangan sebelum aku mencapai impian bertahun lamanya.. kereta baru 3 bulan beli dah teruk kemalangan, nasib nyawa x melayang.. Syukur Alhamdullilah.. Akibat kelalaian sendiri, belum ada lesen dah cuba2 nak drive, gik asa... walaupun Saga FL, tapi aku bangga dapat memilikinya dengan titik peluh aku sendiri walaupun berhutang :)

Aku macam biasa masih lagi bersendirian, single, bukan belum bersedia untuk berumah tangga, tapi belum ada jodoh.. Insya'Allah aku akan bertemu jodoh mungkin di lain hari, tempat atau masa akan datang...



aku sudah genap 3 tahun (20/10/2008 - 20/10/2011) kerja sebagai PKA.. Dah setahun lebih aku di suai, belum banyak perubahan di sini..Inilah masanya untuk aku mengisi jawatan yang lain lagi.. mungkin kerja sebagai PKA untuk mengisi pengalaman pada masa akan datang..

Monday, July 26, 2010

Klinik ku, Rumah Ku.....




X disangka dah 4 bulan aku di Jambatan Suai, Klinik Jambatan suai... Macam2 ragam & Perkara yang berlaku... tapi hanya satu yang tidak berubah... Aku Masih Kesunyian & kesepian seperti yang sedia kala.. Sering ditinggalkan & dikecewakan... Tapi aku masih tabah & meneruskan kehidupan seperti sedia kala...






Sampai bilakah aku dapat bertahan... meneruskan hidup dengan pelbagai masalah & dugaan hidup... Semua impian aku belum tercapai... Dulu aku ingat kehidupan di luar bandar dapat menjimatkan kos, tapi sebaliknya... kos hidup makin bertambah... Stress pun bertambah..










" AKU TETAP AKU"






Saturday, April 17, 2010

New World, New Life 2010







Dah Setahun x Update blog... Lupa Password... Tetiba try, dah dapat lagi... Setahun telah berlalu... Mcm2 hal dh berlaku... Rintangan & cabaran datang menguji...

Mcm2 pengalaman pahit manis ditempuhi... kini aku sudah bertapak di KLINIK JAMBATAN SUAI, NIAH, Miri.... Aku masih blurr, x tahu apa yang nak dibuat... Xpa, Hadapinya dengan tabah...

Mengharapkan hari2 yang akan mendatang mendewasakan aku... Jodoh???? hmmmm... Susah nak diterangkan... Jodoh pertemuan di tangan Tuhan... Qada' & Qadar....

Kehidupan di Suai masih baru lagi... bermulanya episod baru di kehidupan ku.. Walaupun line broadband agak mengecewakan, tapi bersyukur ia ada daripada xda... kesabaran perlu ada... EDGE, GPRS.... Rindu dgn line HSDPA, 3G di Miri.......

Byk angan2 & impian aku belum tercapai lagi, terutama Lesen kereta & kereta Sendiri.. Insya'Allah akan tercapai juga dalam tahun ini... Amin...

Sunday, June 14, 2009

My Life 23 years......

My First pic in this world... hehe... masih baby lg... Gambar 1001 nostalgia...


Bermulanya ku dilahirkan kat dunia, Tanggal 17 Mei 1986... Anak ke 8 dari 15 adik beradik... Wow, mesti semua x percaya, tapi itulah hakikatnya... Lahir dalam keluarga sederhana, x kaya, x juga miskin.Tempat lahir di kampung tercinta, kampung MUARA TUANG, Kota Samarahan, Sarawak.. Mix Melayu (bapa) n Bidayuh(Mak).....

My FAmily: Dari atas, Saini(bapa)-Rokayah(mak)-
Halayna(kakak ulung)-Hamidah(kakak-Azman(abang)
Salbiah(kakak)-Rohana(kakak)-Azlan n Azmi(Abang kembar)
Alpian(myself)-Mohd rahmat(adik)
NurEdaAyu(adik)-Nurfazreen(adik)-Siti Asmah(Adik)
Mohd Fuad(adik)-Mohd ashraf(adik)-Mohd Imran (adik bongsu)


Tapi memang susah keluarga besar... Seringkali ada konflik n masalah kewangan... Tapi dengan ketabahan Saini & Rokayah, ibu dan bapa saya, Dapat membesarkan 15 orang anak sehingga sekarang.. Bangga dapat parents yang susah payah mencari rezeki walaupun sanggup berhutang keliling pinggang... huhu.. xpa, demi anak2...


Old skool pic... bersama adik beradik... huhu..

Bersama adik, Mat...

Gambar kenangan maybe masa nie umur baru 10 tahun.. hehe.. Bersama Allahyarham Hasnan@ Sonan kawan baik kat kpg...berdiri dari kiri adalah Azmi(abang), Sonan, Azlan(abang) & yang tgh duduk mestila saya sendiri n Mat(adik)...


Mula bersekolah di SK DatoTraoh, Muara Tuang.... Byk kenangan yang best time sekolah rendah... rindu dgn kawan2 lama, sekarang semua dh ada kerjaya sendiri...Dulu skolah 2 hanya diperbuat dari kayu, skarang dh di ubah, menjadi 3 tingkat... hilang dh keaslian Sk Dato Traoh yang lama... huhu...




Sekolah Menengah di SMK MUARA TUANG... walaupun nama Muara Tuang, Tapi sekolah nie jauh 15 kilometer dari kampung halaman, Dekat2 dengan Kota Sentosa... Terpaksa guna bas tiap2 hari... Sekolah kat sini dari tingkatan 1-tingkatan 6 bawah... x sempat nak ke Tingkatan 6 Atas, x sempat nak STPM,dapat tawaran masuk ke UiTm, Intake yang kedua... huhu... sedihnya bila berpisah dgn kwn2... tapi nak meneruskan cita2, terpaksa la teruskan ke Uitm...

Kenangan di tingkatan 5 sains 2... Cikgu Rozhan dari kelantan...

Walaupun 3 bulan, tapi byk menyimpan seribu kenangan yang x dapat dilupakan..




Bermulanya pada 27 nov 2004, aku mula2 menjejakkan kaki ke Menara Gading, iaitu UiTM Samarahan... Aku mendapat pilihan DIPLOMA SAINS KOMPUTER , yang mana aku sendiri pun x pernah menggunakan komputer sebelum ini... aku mencuba sedaya upaya untuk faham & belajar mengenai program2 komputer.. Bermulanya hidup aku sebagai seorang penuntut di IPTA banyak menagajar aku erti hidup... byk kawan-kawan baru mula ku kenal dari semenanjung mahupun sabah sarawak iaitu Ammar, Mohd noorazlansyah,Fariad,Syant,Samat,Syukran, Syazarun, eil,ezza,nurul,jannah,nisa & byk lagi... Pengalaman pahit manis terpaksa diharungi...
Tapi, selepas 3 semester, aku mula mencuba register Online SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)... macam2 interview dapat... mula2 Ma(medical Assistant). Juruteknologi pergigian & Pembantu Kesihatan Awam.. Last Final exam semester 3, aku dipanggil untuk interview Pembantu Kesihatan Awam, bertempat di Bangunan Sultan iskandar shah, Kuching di simpang 3, Tingkat 10, Interview mcm biasa.... aku yakin dengan semua soalan yang disoal & tidak menaruh harapan tinggi untuk kerja ini kerana masih study UiTM n dh 3 kali gagal Interview jawatan lain sebelum ini.. setelah habis Semester 3, aku mengambil Intersesi Untuk Subjek killer CSC125, iaitu programming komp.. Akhirnya aku lulus untuk subjek itu dh layak untuk masuk ke semester 4...
Tapi, Mungkin kerana nasib & berkat ketabahan, aku telah mendapat surat tawaran dipilih sebagai seorang Pelatih PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17 pada pertengahan Intersesi UiTM mei 2006.... Aku mesti memilih antara meneruskan untuk sambung Semester 4 atau memilih kerjaya baru yang mungkin menjamin masa depan ku... Akhirnya aku memilih untuk kerja, sampai sekarang aku x pernah menyesal dengan pilihan dulu... aku sekarang dh ada kerjaya, cuma banyak lagi cita2 yang belum ku gapai seperti kereta, rumah, isteri & mempunyai keluarga yang bahagia... Insyaallah akan ku buat semua itu sebelum usiaku 30 tahun atau selagi umurku masih panjang.... Amin...

Nak tambah pic next time... ngantuk la.... jam dah 12 tgh malam.... huhu.. Semoga ku mendapat minpi indah & semua impian jadi kenyataan..

Tuesday, June 9, 2009

H1N1!!!

9 Jun 2009...

Hidup mesti diteruskan... Mula nak berjinak2 dalam blog... slalu check blog org lain, teringin rasanya nak ada blog sendiri.... Hari macam biasa, terpaksa jadi pasukan kawalan H1N1 di Airport & Sempadan Sungai Tujuh (Miri -Brunei).. Penat gak rasanya melayan karenah pelawat2 yang susah nak isi borang kesihatan... ntah la, yang penting kerja siap, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri... redah jer...
Susah sangat ke nak isi borang kuning tu... x sampai 5 minit pun nak isi... Byk yang merungut terpaksa isi 2, 3 kali... Tapi dah arahan, nak buat mcm mana kan... Kenapa la penyakit nie belum ada penawar lagi... kalau dh ada penawar, memang happy giler, x payah nak kerja overtime lagi walaupun duit masuk... huhu... Kepenatan mengatasi segalanya.. jam dh masuk 3 pagi, time utk tido... esok kerja jam 6 pagi... huhu....

Thursday, June 4, 2009

CINTA?????

Lagu kenangan yang x kan dapat dilupakan....




Setelah lama ku bersamanya, akhirnya sampai ke penghujungnya.
kenapa aku disakiti begini rupa..
Adakah aku harus terus mencoba dan mencoba??
Mengharap sesuatu yang x pasti..
Tangisan air mata pun x berguna lagi..
Saat susah senang diharungi bersama..
Ku x sanggup lagi menderita...
Hidup ini mesti diteruskan..
Mungkin ada hikmah disebalik semua ini..
Mungkin ada jodoh lain yang akan datang menjelma..

Mungkinkah?????




Friday, December 12, 2008